PELAKON UTAMA:
Yun-seok Kim ... Joong-ho Eom
Jung-woo Ha ... Young-min Jee
Yeong-hie Seo ... Mi-jin Kim
In-gi Jung ... Detective Lee
Hyo-ju Park ... Detective Oh
SINOPSIS:
Filem ini mengisahkan seorang bekas polis yang menyara hidupnya dengan membuka rumah pelacuran. Joong-ho bengang apabila mengetahui ada pelacurnya yang melarikan diri selepas mendapatkan wang daripadanya.
Jong-Ho mengesyaki ada seseorang yang menjual pelacur-pelacurnya itu. oleh yang demikian dia mula menjejaki individu tersebut. berdasarkan daripada no. telefon pelanggan yang pernah menggunakan khidmat perniagaannya, akhirnya dia berjaya menangkap individu tersebut.
Namun dia sama sekali tidak menyangka lelaki yang ditangkapnya bukannya menjual pelacur-pelacurnya itu, akan tetapi ada misteri lain. apakah misteri itu?, kenapa pelacur-pelacurnya lenyap dan hilang setelah dilanggan oleh lelaki tersebut?, semuanya terjawab apabila menonton filem ini.
KOMEN:
Perjalanan cerita dalam muvi ni memang kemas dan cantik, mungkin disebabkan idea asal cerita ini based on true story. dan bagi aku banyak jugak la muvi-muvi yg jalan cerita asalnya berdasarkan dari kisah sebenar ini dari korea ni yang best, last muvi yang aku ingat voice of murderer. kisah-kisah sebegini sememangnya patut dimuvikan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat betapa perlunya berjaga-jaga dengan tetangga di sekeliling kita.
di dalam muvi ini juga mempertontonkan betapa bangangnya polis di dalam menjalankan tugasnya, mudah ditipu oleh penjenayah. bagi aku mungkin bukan setakat di negara korea selatan aje polis yang berperangai sebegitu, di Malaysia juga tiada kurangnya. masakan tidak, sehingga kini masih banyak kes-kes pembunuhan berprofil tinggi masih belum selesai. polis-polis lebih sibuk melayan karenah pemimpin politik daripada menjaga keamanan masyarakat. hurmmm, entahla...
Rating dari aku: 4.3/5.0